Quantcast
Channel: ecadwinkyasha.com — lifestyle, review tutorial etc
Viewing all 92 articles
Browse latest View live

Minyak Herba Asma Mujarab

$
0
0
Assalammualaikum.
ohyeahh, hari ini eca nak perkenalkan satu lagi benda wajib ada kat rumah especially buat mereka yang ada anak kecik iaitu MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Minyak Herba Asma Mujarab selamat di gunakan untuk bahagian luaran tubuh badan sahaja.Selain tu, Minyak Herba Asma Mujarab juga merupakan penawar nombor satu untuk asma, lelah, semput, batuk, kahak, selsema dan beberapa masalah lain seperti sakit gigi,gigitan serangga,lenguh,tergeliat,luka,sakit perut,terkena api,kembung perut dan lain lain penyakit lagi. 


testimoni Minyak Herba Asma Mujarab, dari segenap lapisan masyarakat boleh gunakan tau~

one for all lah kiranya Minyak Herba Asma Mujarab ne!!!!..Tak rugi beli kan? 
Bercakap pasal beli Minyak Herba Asma Mujarab ne, eca nak ingatkan koranggg...
PASTIKAN ORI, BARU BELI!
yeee awak-awak semua, sekarang ne kan mudah aje nak meniru benda-benda lain. Tak terkecuali ada pihak yang cuba memanipulasi packaging Minyak Herba Asmak Mujarab...kita tengok gambar dibawah ini ::




eca sertakan sekali Video Penerangan mengenai Minyak Herba Asma Mujarab, so korang boleh kenalpasti minyak yang original mahupun tiruan!.

ingat yer
 pastikan ori, baru beli!

Untuk maklumat lanjut mengenai Minyak Herba Asma Mujarab, korang boleh terjah :
Website :: http://herbaasma.com/
Facebook Minyak Herba Asma Mujarab (https://www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma)
atau boleh hubungi : En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
Puan Nurul 017 6239935 ( Produk Owner)

Welcoming January Giveaway

$
0
0
Assalammualaikum.
lama dah tak buat GiveAway dekat blog eca ne...disebabkan tahun ini "NIAT" kembali aktif berblog, so eca cadang nak buat GiveAway. Untuk bulan Januari ini, eca namakan giveaway sebagai "Welcoming January GiveAway" dan semestinya menjadi impian besar agar GiveAway ini mendapat sambutan yang memberansangkan.

2 pasang kain songket Sarawak untuk dimenangi
Untuk menang hadiah ini, korang kena ikuti syarat-syarat dibawah :

1. Tentunya kena buat entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway.

Copypaste Code ini pun boleh ::: 


2. Tolong LIKE Page Eca -- EcaDwinkyAsha Blog
3. Tarikh giveaway dijalankan : 7 Januari - 17 Januari 2017 (10hari je!)
4. Selepas dah buat entry & publish dekat blog korang, Letakkan permalink entry tersebut dalam ruangan komen je!

Pemenang eca akan umumkan sebelum bulan Januari berakhir.
Jangan lupa jemput ramai-ramai join tau!!!

BETWEEN - Aplikasi untuk pasangan kekasih/suami-isteri.

$
0
0
Assalammualaikum.
Sekarang ne dah menjadi-jadi kan aplikasi untuk berhubung  melalui telefon pintar..Bukan tu sahaja, aplikasi nak berkenalan & mencari jodoh pun berlambak...yelah, makin banyak aplikasi seperti Wechat, Line, Beetalk dan macam-macam lagi..eca sendiri ada Whatsapp, Wechat, Beetalk & Messenger kat dalam phone J5 eca tu. kali ne, eca nak kenalkan korang dengan BETWEEN. 

BETWEEN - satu aplikasi khas tuk pasangan (couples) yang bukan sahaja menjadi medium untuk chatting malahan dapat berkongsi gambar, "counting days" dan sebagainya. untuk apps ne, eca paling suka adanya "counting days" ne. siap letak birthday eca & dia, tarikh mula kapel, tarikh mula kenal..kalau macam ne, konfirm pasangan korang takkan LUPA...dan kalau LUPA juga, barulah kita ada HAK untuk marah... Janganlah marah tanpa sebab kan, kita sebagai perempuan ne kalau asyik marah, orang lelaki pun mudah jemu.

minta maaf, terpaksa pulak sembunyikan nama pakwe eca.
risau dia lagi popular dari eca! hahahaha~



eca dengan Encik M (wahh gitu letak nama pakwe) sentiasa akan share macam-macam.
contoh : gambar selfie, gambar apa-apa je dalam FB yang sesuai untuk dibincangkan. 
kalau korang nampak gambar kat atas tu, eca share pasal BSN Home Loan. ada lah topik tuk kitaorang bincangkan.... eh eh, nak tanya, kalau dalam proses mengenal hati pasangan, banyak je kan cerita wajar kita bincangkan, tapi member eca bercakap kat phone dengan awek dia sampai 2 jam tapi selalu cakap kat eca dia bosan dan tak tahu nak cakap apa. pelik disitu. nasib baik Encik M kita ne, ada je topik dia!...yeah.

Antara lain yang eca paling suka, dalam apps ne juga ada berkongsi lokasi & keadaan cuaca. Takyah la nak tanya sangat kat pasangan dia ada dimana atau macam mana cuaca kat sana. Jangan risau, kat BETWEEN jugak banyak sticker-sticker comel korang boleh kongsi.

ohya, korang boleh download aplikasi ini di PlayStore mahupun AppleStore..Bukan tu sahaja, korang juga boleh download di Laptop/PC tak kira pakai Windows ataupun Mac. sila ke LINK BETWEEN.

pstt : yang baru nak kapel-kapel tu, apa kata korang invite pakwe/makwe korang install BETWEEN kat smartphone, kalau dorang taknak...hahhhhh, adalah tu something dia nak sembunyikan.

till next entry.
loves : eca!

Pemenang Welcoming January Giveaway

$
0
0
Assalammualaikum semua.
yeah, tak sangka pulak eca bilamana Welcoming January Giveaway mendapat sambutan sehingga 48 penyertaan...serius, eca ingat dalam 20++ je yang sudi join, rupanya RAMAI gak yang berminat yer. Hadiahnya menarik ke?..lupa pulak wat survey korang nak hadiah apa kan! Ha Ha Ha, nanti kita wat survey tau...(korang komen kat ruangan komen tu, ti eca pertimbangkan yer)

So, dari 48 penyertaan tu, eca printkan url blog, gunting dan lipat..kemudian cabut!!!.

dan pemenangnya ialah .........



Tahniah kepada kedua-dua pemenang!!!. Sila hantar detail : Nama / Alamat Surat-Menyurat / Nombor Telefon ke email : ecasha.89@gmail.com atau boleh komen dalam ruangan komen dibawah. Kepada yang tak bernasib baik, cuba lagi pada Lovely Februari Giveaway yang bakal berlangsung pada 1hb - 11hb Februari 2017.


ohya, kalau sudi, komenlah kat ruangan dibawah ini korang nak hadiah apa!.Kot-kot boleh dipertimbangkan kelak...hihihi.

Hobi Jadi Bisnes

$
0
0

Assalammualaikum.
hobi jadi bisnes?...mesti biasa kan?!..eca pun sendiri dah terjebak tau....sebabnya kekonon nak kumpul duit lagik dua tahun nak kahwin #eh?!.

hobi yang mana jadik bisnes tu?..tu hah hobi dan kepakaran masak laksa penang. Ala bukan susah pun, yang susah tu kemalasan nak belajar dan mencuba. Betulke tidak?!.

Eca sekarang waktu kerja jam2petang -jam9malam. Orang ngajar kat pusat tuisyen pun! hikhikhik jadiknya waktu pagi dah free. pastu isnin selasa & khamis jam2-9, rabu jam7-9, jumaat jam3-5..Sabtu & Ahad Fullday!..makpak student daku rajin bebenor hantar anak g ngaji tuisyen ne. Eca lak yang kadang-kadang naik kesiannnn kat bebudak ne tau kena g tuisyen hujung minggu. Dorang tak tahu ke hujung minggu tu kartun kat tv mula dari pagi sampai tengahhari, naknak kartun barbie. eh melalut dah pulak!. oke, balik cerita bisnes laksa (bunyik macam bisnes berjootajoootaaaaaa). Disebabkan waktu kerja macam tu, eca taknak lah terkejar-kejar then penat. So, kekonon buat hari Rabu je, tapi permintaan banyak. Tengah pening susun jadual lak daku ne. Cadangnya nak buat Laksa & COD  hari Isnin(Pagi & Tengahari) - Rabu (Pagi & Tengahari) - Jumaat (Pagi sahaja!)...oke tak???...

takbuat rugi, sekarang banyak permintaan dah!!!..jangan je lah tak lama lagik kena cari pembantu, mau digandakan usaha melaksa tu!!!!.. apapun Syukur Ya Allah atas rezeki ini.

korang ada tak dari hobi jadi bisnes?

Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway

$
0
0
Assalammualaikum.
ohyeah, selepas berakhirnya "Welcoming January Giveaway", eca teruskan lagi dengan Lovely February Giveaway untuk bulan Februari ini. Seperti bulan lalu, eca tawarkan hadiah untuk dua pemenang. Untuk bulan ini, eca mencari dua orang pemenang untuk hadiah Medic Serum & Bio Active Serum dan setiap peserta juga akan mendapat hadiah istimewa daripada eca. oke jom kita teruskan dengan syarat-syarat giveaway kali ini.

Medic Serum  (1 Pemenang)
Bio Active Serum (1 Pemenang)
semua peserta akan mendapat hadiah istimewa 
(Diskaun Pembelian Medic Serum & Bio Active daripada Eca, 
kod diskaun eca emailkan kepada anda)


1. Copy paste kod entry dibawah :

Merawat eczema & penyakit kulit sensitif dengan Medic Serum.

$
0
0
Assalammualaikum.
*Jangan baca entry ini, takut terpengaruh!!..eh eh, hahaha, eca bergurau je!!!. Eca ne nak kongsi keseronokan beberapa pelanggan kami (#RenoSkin Agent).sebabnya banyak testimoni telah kami terima apabila pelanggan berpuashati dengan penggunaan serum yang dikeluarkan oleh pihak RenoSkin. Jom baca!!!!


Apabila mengalami masalah kulit, adalah digalakkan untuk menggunakan SERUM kerana serum mudah menyerap ke dalam kulit berbanding jika kita menggunakan losyen dan bedak. Oleh yang demikian, RenoSkin memperkenalkan serum khas untuk masalah kulit seperti eczema mahupun penyakit kulit sensitif.
  
*****************************************************************
MEDIC SERUM 
*****************************************************************
Masalah kulit sensitif, eczema, psoriasis, gatal-gatal, luka kecil, kudis dan banyak lagi boleh membawa kepada pelbagai masalah. Apa yang lebih teruk jika ia tidak dirawat segera akan merebak ke segenap tubuh badan. Bayangkan jika bayi yang mempunyai ekzema tentu sahaja tidur mereka tidak akan lena, sebagai orang tua mesti masalah ini mengusarkan kita. Namun, Medic Serum sedia membantu dalam permasalahan ini. Malah, sebotol Medic Serum bukan boleh digunakan oleh bayi tapi ia boleh digunakan oleh seisi keluarga. 

Menarik mengenai Medic Serum, tentu sahaja ianya satu serum yang BEBAS TOKSIK malahan ianya mengunakan 100% bahan semulajadi iaitu ia terhasil daripada ekstrak minyak kastor, minyak kelapa dara, herba rosemary dan ianya kaya dengan vitamins.


Nampak tak dalam gambar di atas, pelbagai kegunaan Medic Serum!!!. Amat berbaloi untuk seisi rumah dan tak salah untuk membeli kerana harganya amat berpatutan di samping keberkesanan penggunaan sudah terbukti dengan pelbagai testimoni pelanggan. Gambar dibawah ini pulak testimoni daripada pelanggan. Ohya,screenshot whatsapp ini adalah BETUL, kami takperlu buat FAKE ACCOUNT untuk menipu pelanggan-pelanggan kami tauuu....








Harga sebotol #MedicSerum sebenarnya tak sampai RM100 pun...apatah lagi kalau korang join Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway yang eca anjurkan...Korang berpeluang besar untuk menenangi #MedicSerum ataupun #BioActiveSerum dan setiap peserta akan mendapat diskaun untuk setiap pembelian #MedicSerum & #BioActiveSerum.Jemput JOIN (klik link ini)






Tempah Penginapan Mewah di Kota Kinabalu dengan Traveloka

$
0
0
Assalammualaikum.
Bila hari Isnin hingga Ahad kerja, langsung takde masa bercuti tapi dalam hati memberontak nak cutiiiiiii. Takyah gi jauh-jauh pun takpe, eca teringin rasa nak stay-stay kat mana-mana, menikmati nikmat kurniaan Allah SWT tanpa ada sebarang gangguan dari pejabat. Aduhhh, teringingnnya tapi kalau dapat pergi dekat-dekat je pun oke bak lirik “Apa guna pergi luar negeri, naik kinabalu, hati saya rindu!!. (kes meroyan lama tak bercuti)..hahaha~

Jumaat lepas, eca gi rumah client untuk ajar anak dia berumur 10tahun. OTW nak pergi rumah client tu, eca kena masuk Sutera Harbour sebab ruma client tu dalam Sutera Harbour Residency….bila lalu je entrance Sutera Harbour tu then Nampak pulak laut yang terbentang, ehhhhh geram rasa hati ne. Rasa nak checkin je kat Sutera Harbour Resort tu!!!..Bukan apa, dari hotel tu, fuhh memang terbaik. Nak tengok sunset pun view lawaaaa apatah lagi menjamu makanan yang disediakan oleh pihak hotel. Tetiba rasa nak tengok harga sebilik berapa kat sini, kita tengok kat website Traveloka  je lahhh! Ohya, meh eca nak share sikit pulak pasal Sutera Harbour Resort (kot-kot ada yang nak berbulan madu kat Sabah kannnnn!)


Sutera Harbour Resort

luas kan kawasan Sutera Harbour ne, spend 1 day pun rasa tak larat tu~

Sutera Harbour Resort terletak di antara pantai Laut China Selatan, berhadapan dengan pulau-pulau tropika dan kemegahan Gunung Kinabalu. Resort yang gah ini mempunyai keluasan sebesar 384 ekar. Oleh itu, ia berkemampuan menyediakan pengunjungnya sebuah padang golf dan beberapa kemudahan rekreasi lain. Senang cakap, kalau stay sini dah rasa macam tak nak pergi berjalan ke luar. Sebab dalam ni saja pun dah sangat best. Sutera Harbour ini terbahagi kepada dua jenis penginapan iaitu The Pacific Sutera Hotel dilengkapi dengan kedamaian resort The Magellan Sutera Resort. Secara keseluruhannya resort ini menawarkan sejumlah 956 bilik tetamu dan suite-suite keselesaan mewah. 



The Magellan Sutera Resort menyediakan sebanyak 456 bilik dan suite. Rekaan lobinya seperti rumah panjang yang mewah berinspirasikan seni bina penduduk asal Rungus Sabah. Dengan perabot kayu halus dan artifak kraftangan tradisional, resort ini menjadi kegemaran keluarga dan pasangan yang mencari percutian yang santai sambil menikmati pemandangan tropika Borneo. Selain itu, suite-suite juga didekorasi mewah dan menghadap ke arah pemandangan taman-taman indah. Korang juga boleh pilih suite yang mengahadap Laut China Selatan. 






The Pacific Sutera Hotel turut menyediakan bilik dan suite yang dihias rapi dan menampilkan gaya kontemporari. Korang juga boleh pilih sama ada nak pemandangan kehijauan padang golf atau nak pemandangan laut yang terbentang luas tanpa sempadan. Jumlah keseluruhan bilik dan suite Pacific Suter ini adalah 500 buah. Hotel ini lebih lebih digemari pelancong businessmen. Kedua-dua Magellan dan Pacific ini menyediakan swimming pool dengan keindahan yang tersendiri. Selain itu, di kedua-dua jenis peninginapan ini juga korang boleh enjoy romantic dinner dengan pemandangan sunset dan pantai. Untuk golfer pula, pasti tak berjalan ke mana sebab asyik nak pukul bola je kan. Yelah, padang golf dia ni dijaga dan dimaintain bersih, rapi dan cantik. Tak kira lah Magellan atau Pacific, janji nak stay di Sutera Harbour Resort ni ye.


Orang Sabah bila sebut pasal Sutera Harbour Resort, ramai yang rasa mahal bahhh pulakkkk!!..Terbantut gitu rasa mau “check-in” semalam…from Sabahan to Sabahan, apa bah guna kita ada teknologi smartphone semua, download tu apps Traveloka dan book hotel di sana!..meh eca gtau, yang Traveloka menawarkan harga murah berbanding website lain malahan lebih murah daripada kita terus ke kaunter…hah, dibuatnya masa nak pergi tu bilik dah fully booked, nangis tak berlagu lah korang!.Nasib ada Traveloka kan, senang dan paling penting harga berpatutan. Meh kita cuci mata pulak tengok beberapa gambar Sutera Harbour Resort :




Kalau korang baca dan tengok gambar je pun dah rasa best, cuba korang betul-betul stay sini untuk beberapa hari, confirm taknak check out dari sini. Hahaha. So, apa tunggu lagi? Bah, jangan kamurang kasi lama a,,kita book tu hotel secara online di website Traveloka  seja.

Menang Nurrasya Glowing DD Moist Cake by Aima.

$
0
0
Assalammualaikum.
Haritu, eca ada lah suka-suka join giveaway kawan-kawan kat FB. Tetiba pulak masa tu ramai pakat-pakat buat contest teka duit syiling...hah, main agak ja teka, tup-tuo diumumkan sebagai pemenang!. Dapat pulak hadiah yang best dan buat eca berjimat beli bedak muka untuk beberapa bulan. Ohya, eca memang guna bedak ne sekarang, muka pun berseri-seri tau! ..Meh nak kenalkan Glowing DD Moist Cake.

KELEBIHAN NURRAYSA GLOWING DD MOIST CAKE
Menjadikan kulit gebu seawal 5 saat
Melembabkan kulit
Menutup cela
Menutup tanda-tanda penuaan
Mesra wudhuk
Tanpa Silicon
Mengandungi SPF 50++
Kelihatan natural, tidak berminyak (water based) dan ringan
Tahan lebih kurang 2 bulan
Free sponge, berat hanya 12gm, berbentuk bulat, dan dilengkapi cermin

Biasanya bedak jenis BB Cream je kan??? Tapi Nurrasya Glowing DD Moist ne terdiri daripada :
Foundation    Concealer   Powder

takperlu lagi beli foundatian, concealer atau bedak, Beli je Nurrasya Glowing DD Moist, lengkap tiga pakej tu...Mudah gitu, apatahlagi saiz yang agak ringan iaitu cuma 12g malahan turut diberikan span (boleh digunakan secara kering mahupun basah) dan cermin. Yelah, nak berbedak kenalah tengok cermin kan?!..Kang tak pasal-pasal tak sekata pulak bedak kita. Ohye, dengan adanya foundation, concealer dan bedak tu, boleh menutup pori-pori malahan boleh menutup bekas parut dimuka kita.

Nurrasya Glowing DD Moist juga terdiri daripada tiga tone yang berbeza. Yelah, kita orang Malaysia ne kan, tak semua ton sama dengan muka kita..Dah kulit agak hitam manis pakai pulak ton light, memang tak sesuai sangat lahh yerrr, bukan nampak putih tau, malah nampak pelik gitu..Tiga pilihan kod ton itu ialah ::::
Light - kulit cerah / cerah putih kuning 
Medium - kulit sederhana cerah / cerah pink
Dark - kulit sederhana gelap / hitam manis / sawo




Korang boleh dapatkan Nurrasya Glowing DD Moist Cake dengan sis Aima.
Whatsapp : 017-504 0585

jangan malu-malu contact Sis Aima tau!!!!..Korang cakap je tahu dari blog eca.
Till, next entry..byeeeee~

Pemenang MedicSerum & BioActiveSerum Lovely February Giveaway

$
0
0

Assalammualaikum.
Hari ini baru eca berkesempatan nak update pemenang giveaway pada bulan Februari. Sebelum tu, eca nak ucap terima kasih kepada semua sebab sudi join giveaway eca walaupun tak seramai giveaway pada bulan lepas. Terima kasih sayang-sayang sekalian.

Kepada semua peserta, sila semak email anda. Jika tidak mendapat email daripada eca berkenaan kod diskaun pembelian Medic Serum & Bio Active Serum, mohon email eca yer. Mungkim ada yang eca terlepas pandang.Kepada pemenang, sila emailkan kepada eca (ecasha.89@gmail.com) butir-butir berikut :
Nama :
Alamat :
No. Telefon :

Terima kasih sekali lagi!!!.. Sudikanlah folloaw eca di igshop :@renoskinsabah & fbpage : Renoskin Sabah yer.

Rujuk gambar untuk tahu pemenang :

Marching March Giveaway

$
0
0
Assalammualaikum.
Eca kembali lagi dengan giveaway ketiga untuk tahun 2017. Yelah,kan dah janji kat pembaca dan pengikut setia blog ini. Katanya nak hargai pengikut blog setiap bulan. Untuk bulan Mac 2017, giveaway kali ini Eca namakan "Marching March Giveaway".

10hb - 30hb March 2017 


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Tulis entry yang bertajuk "MarchingMarch Giveaway".
2. Kalau nak just, korang boleh copy & pastekan kod dibawah kat blog korang je ::


3. Minta tolong jasa baik korang untuk LIKE Page Renoskin Sabah & Eca Dwinky Asha Blog. Klik LIKE pada button dibawah ini ::



4. Letakkan url entry korang di kotak komen dibawah.
5. Giveaway ini berlangsung dari 10hb - 30hb March 2017. So, ada masa 20hari untuk korang join.
6. Hadiah untuk bulan March ialah
Topup/Cash bernilai RM10/pemenang untuk 5 orang pemenang bertuah.

SELAMAT BERJAYA!!!

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

$
0
0

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
 support sesama blogger tanda ukhwah persahabatan.

Jemput JOIN tau koranggggg!.

Pemenang Marching March Giveaway

$
0
0
Assalammualaikum
ohyeah,  maafkan eca lambat umumkan pemenang tau. Sebelum tu, korang boleh tengok entry INI untuk lihat senarai nama peserta untuk Marching March Giveaway. Terima Kasih untuk 42 orang blogger yang join....dan TAHNIAH untuk 5 blogger yang bertuah.



kepada semua pemenang bertuah, sila whatsapp (0148594953) atau email eca : ecasha.89@gmail.com untuk tuntut topup/cash RM10 anda!.

Tahniah sekali lagi dan kepada yang tak berjaya, stay tuned! 
Sikit masa lagi kita ON April Giveaway pulak~

9A SPM. Tahniah Apek.

$
0
0
Assalammualaikum.
hari ini (walau sebenarnya, cerita ini boleh dianggap dah basi!)...eca nak share dekat semua pasal kejayaan adik lelaki eca, Apek yang berjaya mendapat 9A dalam Sijil Peperiksaaan Malaysia 2016.

macam tak menyangka pulak dia lulus dengan cemerlang, walaupun kadang-kadang tension dengar kerisauan dia sebab takut tak lulus SPM...ohya, adik eca ne dulu masa UPSR dapat 2A ke 3A, tak ingat sangat. Tapi masa tu, dia tak boleh masuk Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM. So, dia gi sekolah biasa...masa PT3, dia dapat 6A 2B & bawaklah gelaran Top Student PT3 SMK Kudat II (gelaran tu dia share dengan seorang budak perempuan). Bila dapat result 6A 2B, dia try nak masuk MRSM atau SBP. Alhamdulillah, rezeki dia dapat menyambung ke SM Sains Labuan...tapi kan masa dia kat sana, hanya Allah je tau betapa penatnya melayan karenah anak bongsu seorang tu.

Antara yang dia pena buat dan buat kami sekeluarga mengucap panjang :
1.  Selepas beberapa hari dia bersekolah disana, dia call minta pindah balik SMK Kudat II
2.  Banyak baju & buku hilang =.="
3. Pernah tambah cuti seminggu lepas Raya Aidilfitri & Raya Aidiladha sebab tension nak balik asrama.
4. Tiap-tiap bulan nak kena lawat dia disana. *oke, total cost KK-Menumbok-Labuan include homestay semua kadang-kadang cecah RM500.nangis woooooo!

Kenakalan alam persekolahan, takyah cakap!.Bagi eca, itu biasa..yela, sebagai cikgu, eca sendiri lihat kenakalan budak-budak remaja. As long as, sebagai orang yang lebih berusia dari mereka, kita tegur cara berhemah so dorang pun tak berani memberontak lama.Alhamdulillah, adik eca berjaya tersenarai juga Best Student SM Sains Labuan 9A.

inilah dia adik bongsu eca yang dapat 9A tu.

Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online

$
0
0
[Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online]

Assalammualaikum & Salam 1 Syaaban. Bila dah berkereta ne, tiap tahun kereta kena sambut birthday..masa tue lah gelabah sangat-sangat  sampai tak lalu makan fikir pasal Insurans & Roadtax kereta kesayangan #cinta1701. Tahun ne dah masuk tahun ke-tiga Eca renew insurans & roadtax kereta...eh, empat tahun la kan dah punya kereta sendiri. Alhamdulillah.


Nombor Plat kereta sempena tarikh lahir....
MOTIP : Supaya orang tak lupa birthday Eca. 
LUPA, hmm, mohon jangan tumpang lagik!

[since March2014]
3x Renew Roadtax & Insurans. 
Langgar kereta orang 2x.
Langgar divider jalanraya 2x.
masuk bengkel 2x.
almost 57 000km.

Masa beli kereta dulu, kereta tu under Etiqa Insurans...Lepas tu tukar pulak Zurich Insurans sebab kat JPJ Tuaran, dekat dengan insurans tu. Tahun ne, Eca decide nak buat online ja!...Bukan malas oi, tapi takda masa nak pergi =.="

Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online adalah jawapan kepada kesemua kemalasan seorang Eca. Nampak tak dunia dihujung jari anda je!..Masyaallah senang sangat pulak berurusan. Apatah lagi dapat ejen yang dikenali & paling penting ejen cepat beri respon. Ejen Renew Insurans & Roadtax Kereta yang Eca gunakan perkhidmatan mereka ialah Blogger Yana Halim& suami dengan perlindungan dari Etiqa Takaful.


Bagaimana nak Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online?
1. Whatsapp :  Encik Adren : 0192810206   
2. Beri detail mengenai kereta anda.
3. Ejen akan inform jumlah bayaran (insurans, roadtax & penghantaran)
4. Buat pembayaran secara online (guna je Maybank2u, CimbClick dan lain-lain)
5. Update pembayaran kepada Blogger Yana.
6. Tunggu confirmation & email daripada Ejen. [Ejen akan email covernote, nak print ke tidak terpulang, paling mudah SIMPAN dalam email je!]
7. Selepas seminggu, tunggu abang posmen hantarkan roadtax korang.
8. Dapat roadtax, jangan lupa tampal kat cermin hadapan kereta. kang tak letak kena sama abam polis or jpj lakkkk!

Eca print sesaja...sebabnya letak dalam fail. Kot-kot jadi apa-apa senang nak rujuk. Renew untuk kali ketiga ini dalam RM520++ sahaja tidak termasuk roadtax.


selepas seminggu, sampai dah roadtax eca...beberapa minggu sebelum tarikh akhir roadtax lama. Ohya, renew roadtax Viva hanya RM20 untuk setahun. sib baik murah!!.hehehe~

so, jangan lupa kalau nak RENEW INSURANS DAN ROADTAX KERETA, hubungi :
Encik Adren : 0192810206   
Perunding Takaful terhebat (polisi hayat & renew roadtax insurance) 

till next entry, BYE!

Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah)

$
0
0

Assalammualaikum
Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah).Ahad lepas  bersamaan 30 April 2017, Eca berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah) bertempat di Ruang Legar Blok K, Royal Plaza, Putatan. Majlis ini dirasmikan oleh YB DSP Yahya Bin Husin, Timbalan Ketua Menteri  merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. 
  
Majlis bermula sekitar jam 8 pagi dimulakan dengan tadarus Al-Quran di pejabat baru Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah). Di kesempatan ini, pihak Glocal Travel & Tours turut mengambil kesempatan memberikan bantuan kepada anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz serta sumbangan kepada beberapa surau dan masjid sekitar daerah Putatan.

GLOCAL TRAVEL & TOURS (CAWANGAN SABAH)
GLOCAL TRAVEL & TOURS (CAWANGAN SABAH)
Datuk Yahya menyampaikan sumbangan daripada Glocal Travel & Tours kepada surau & masjid sekitar daerah Putatan.

PAKEJ UMRAH MURAH
PAKEJ UMRAH MURAH
Datuk Yahya menyampaikan sumbangan daripada Glocal Travel & Tours kepada anak-anak yatim & pelajat sekolah tahfiz.


DATUK YAHYA MEMOTONG REBEN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN GLOCAL TRAVEL & TOURS
DATUK YAHYA MENANDATANGANI GOLDPLATE SEMPENA MAJLIS PERASMIAN GLOCAL TRAVEL & TOURS

    
Penyampaian Cendera Kenangan daripada CEO Glocal Travel & Tours, Encik Mohd Idzham Mohd Isa kepada YB DSP Yahya Bin Hussin atas kesudian merasmikan Pejabat Baru Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah). Turut ditemani oleh  Ust Haji Lamsin (Duta & Ketua Muttawif Glocal Travel & Tours) serta isteri CEO.

Bukan itu sahaja, bagi pengunjung yang hadir semasa majlis tersebut turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu diskaun 50% bagi pakej umrah yang ditawarkan. Malah, CEO Glocal Travel & Tours, Encik Mohd Idzham Mohd Isa turut membuat kejutan dengan memberi tawaran diskaun sebanyak RM1000 dan RM500 kepada pengunjung bertuah. Nak tahu siapa antara yang bertuah itu, tengok gambar kat bawah ni :

TAHNIAH KEPADA SEMUA BAKAL JEMAAH UMRAH.

ehh, buddak ne pun menang jugak yer?..Diskaun RM500 dengarnya.


Untuk pengetahuan korang, Glocal Travel & Tours ne sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia malah kini Glocal  Travel & Tours mempunyai tiga cawangan iaitu di Kedah, Selangor & Sabah. Malah, yang lebih membanggakan Glocal Travel & Tours juga kini menghantar hampir 6000 kumpulan ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Tambahan pula, syarikat Glocal Travel & Tours mempunyai rekod baik dalam perkhidmatan mereka. Yela, Datuk Yahya dalam ucapan perasmian beliau turut mengingatkan bahawa individu yang ingin menunaikan umrah wajar memilih syarikat travel yang mempunyai rekod baik bagi mengelakkan mereka tertipu. Betul tak?..kan sekarang ne banyak kes-kes jemaah tersadai di lapangan terbang. So, untuk elakkan kejadiaan sedemikian daripada berlaku, kenapa tidak kita memilih syarikat yang mempunyai rekod baik seperti Glocal Travel & Tours.
antara pengunjung yang hadir dan mendaftar untuk pakej umrah pada hari tersebut. 

KENAPA KORANG KENA MEMILIH GLOCAL TRAVEL & TOURS sebagai agen umrah korang?
1. Glocal Travel mempunyai tiga cawangan di seluruh Malaysia : Kedah, Selangor & Sabah.
2. Terdapat dua pakej umrah yang ditawarkan iaitu Pakej 9 hari & Pakej 12 hari dengan harga yang berpatutan.
3. Turut menawarkan Badal Haji serendah RM 2200 malah turut diberikan Air Zam-zam, Tasbi, Sejadah, Minyak Wangi & Sijil Pelaksanaan Ibadah Haji.
4. Staff-staff yang mesra dalam melayani para Jemaah umrah.
5. Pakej lengkap dengan tiket, hotel, makan & minum, bagasi serta turut menjanjikan keselesaan kepada para Jemaah.

nak pakej umrah yang menarik daripada Glocal Travel & Tours
nanti Eca share dengan korang ya!

Jumpa di entry akan datang!


30 April 2017 | Royal Plaza, Putatan
Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours

Nuffnang berakhir di blog ini.

$
0
0
Assalamualaikum.
Nuffnang berakhir bersiaran di blog Eca awal tahun ini cuma baru kali ini berkesempatan untuk cashout. Bukan tak sudi bekerjasama dengan Nuffnang, namun jumlah yang diperolehi semakin hari semakin berkurangan tidak seperti dahulu. 

hasil nuffnang

RM606.17 merupakan jumlah hasil iklan di blog Eca meliputi dua blog iaitu www.ecadwinkyasha.com dan mymaster.ecadwinkyasha.com 

Eca mula berblogging pada tahun 2010, namun ketika itu masih agak keanak-anakkan. Nuffnang pun kena study lama (waktu tu, tak ramai lagi yang buat entry camna nak tingkatkan earning). Letak iklan nuffnang pun sebijik ja malah tidak konsisten. Setiap kali tukar template, setiap kali tu jugak lah nuffnang hilang. Lama baru letak balik. Tapi sejak 2011, Eca dah "champion" dengan Nuffnang. Bermula dari Januari 2011, Eca dah konisisten dengan iklan Nuffnang. Letakkan ketiga-tiga iklan di tempat yang betul malah ketika itu ramai teman-teman blogger amalkan prinsis, "U klik, I klik"...indah lak masa tu!!!..HA HA HA HA.

Tahun 2012, Tahun ini agak aktif bagi eca...tambahan pula, eca kehilangan tiga rakan baik ketika itu menyebabkan eca semakin aktif di blog....income dari blog bukan sekadar iklan Nuffnang sahaja. Masa tu Eca rajin edit blog blogger-blogger lain. So, memang hidup pada tahun tu berback-upkan duit dari blog. Tahun 2012 - tahun 2014, memang masyukkk iklan Nuffnang. Kalau korang perasan, dalam setahun tu, sampai dua kali cashout...tu pun main-main banyak, cuba kalau SERIUS!..wahh gitu.

nak buat camna, Eca dah tamatkan perkhidmatan nuffnang di blog ini. Salah satu sebab, income makin kurang..biar CPUV banyak tapi income hanya 2 sen, 50 sen...rasa rugi!!!. Tambahan pula, Google Adsense dah APPROVE Eca untuk iklan mereka...adsense kena kayuh lebih, dah masuk grup support Adsene, siap beli e-book lagik tau!! Semoga makin mencurah-curah rezeki dari blog selepas ini...doa-doakan Eca ya.

ohya, ada sesiapa nak minta editkan BLOG?..tetiba nak buat semula edit blog tau!.
boleh email eca : ecasha.89@gmail.com

till next entry~
xoxo, ecadwinkyasha

SABAHAN BLOGGER (Part 1)

$
0
0
Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia semua.

SABAHAN  BLOGGER | Di Bawah Bayu, Kami Bersatu. Hari ini Eca nak ceritakan sedikit tentang Sabahan Blogger..Dah tentu-tentulah kan members group ini terdiri daripada blogger-blogger di negeri Sabah...ye, kami tak ramai, tapi kami ada. So, jom kenal satu demi satu Sabahan Blogger yer.

Sabahan Blogger Lepaking after event

tu diaaaa, gambar kami selepas cover event di Putatan. Dah cover event tu, dak Eca ajak member-member yang lain gi Kak Kiah Cake House tu sesi kenal-kenal dan lepak-lepak. Seriously, Eca pun tak kenal mereka sangat. Sebelum ne cuma pernah jumpa dengan beberapa orang tapi takdelah sampai duk bersembang bergelak tawa macam ne...kali ini, jumpa lebih ramai lagi & jom Eca kenalkan mereka di dalam gambar tu dulu.

Blogger Junzie atau lebih dikenali sebagai Mrs Hafizie. dah terang lagi bersuluh ada Mrs so Blogger Junzie sebenarnya dah berkahwin hampir enam tahun dan masih ttc (try-to-conceive). Kita doakan untuk mereka berdua. Untuk pengetahuan korang, Ju ne juga online seller untuk produk Diamond Gold Skincare...jom stalk Blog Junzie



Allah mengatur takdir kadang dengan jalan yang kita tak terfikir, Kadang dengan cara yang tak mampu kita singkir...Kata-kata yang cukup indah..Malah, kalau korang tengok pemilik blog ini, masyallah syurga!...hahaha. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkerja sebagai setiausaha. Yang menarik, beliau juga seorang online seller yang menjual tudung Amaris secara online. Boleh skodeng FB beliau k! Blog Liza Izara



I Blog About Everything. Yes she is!...kalau korang nak tahu, pemilik blog ini seorang yang peramah dan periah. Tak sangka pulak usia dah 3*...tapi still jiwa muda gituuuu..gi masuk blog Yatie sebab dia memang banyak cerita nak kongsi dengan korang!Blog Yatie


Adik kami yang seorang ne masih menuntut di UMS dalam jurusan teknologi rangkaian macam tu! Mula kenal ingat pendiam...nasib baik peramah. Bukan pe, Eca kan susah gak buka mulut kekadang lebih lebih kalau baru kenal orang tu! Blog Natrah

Sebenarnya, ramai lagi komuniti Sabahan Blogger. Korang boleh klik banner Sabahan Blogger di sidebar Eca ne tuk baca dan kenali Sabahan Blogger dengan lebih rapat lagi.

till next entry!!!
xoxo , ecadwinkyasha.


Lazada Ramadhan Raya 2017 Blogger Contest

$
0
0

Lazada Ramadhan Raya 2017 Blogger Contest

Assalammualaikum semua!..hari ini Eca nak kongsi satu contest dari Lazada..Maybe ramai yang dah tahu tapi Eca still nak kongsi dengan korang semua...Lazada juga pernah menganjurkan contest sebelum ne dan sambutan amat menggalakkan, so apa kata kita join pulak contest kali ini. The more, the merrier orang kata! 


JOIN RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST.
1. Pertandingan ini bermula 19 Mei - 23 Jun 2017.
2. Selama 4 minggu pertandingan ini dijalankan, peserta akan diberikan 4 tajuk berbeza setiap minggu. Peserta boleh menyertai lebih dari satu pertandingan.
3. Setiap 4 minggu, peserta akan diberikan tajuk-tajuk yang berbeza tau seperti :
  • Minggu 1 : Resepi Ramadan (19 Mei - 1 Jun)
Setiap peserta perlu menyediakan entry bagi menjawab soalan-soalan berikut :
a. Apakah hidangan iftar kegemaran anda?
b. Kongsi resepi hidangan tersebut.
c. Nyatakan produk daripada Lazada yang boleh digunakan untuk membantu korang menyediakan hidangan tersebut.

  • Minggu 2 : Hiasan Rumah untuk Raya (2 Jun 2017 - 8 Jun 2017)
Setiap peserta perlu menyediakan entry bagi menjawab soalan-soalan berikut :
a. Bagaiaman hiasan rumah untuk menyambut raya?
b. Kongsikan tips menghias rumah untuk menyambut raya?
c. Nyatakan produk daripada Lazada yang boleh digunakan untuk membantu korang menghias rumah (contoh : perabot pilihan)



  • Minggu 3 : Tampil Cantik & Menarik. (9 Jun 2017 - 15 Jun 2017)

Setiap peserta perlu menyediakan entry bagi menjawab soalan-soalan berikut :
a. Apakah tema warna Raya korang?
b. Kongsikan butiran pakaian Raya korang?
c. Nyatakan produk daripada Lazada yang boleh korang gayakan di hari Raya.

  • Minggu 4 : Balik Kampung (16 Jun 2017 - 25 Jun 2017)

Setiap peserta perlu menyediakan entry bagi menjawab soalan-soalan berikut
a. Di manakah korang akan balik beraya?
b. Senaraikan barang keperluan apabila balik ke kampung.
c. Nyatakan produk daripada Lazada yang korang akan bawa balik ke kampung halaman.


3. Perkara itu mesti mengandungi screenshot produk yang dinyatakan di titik 1.c, 2.c, 3.C dan 4.c 
4. Peserta perlu menyebut Marhaban Ya Ramadhan Sale dan Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang akan berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun (di mana anda boleh mencari khas diskaun sehingga 90%!).
5. Peserta dikehendaki menyerahkan pautan Artikel mereka melalui e-mel kepada contest@lazada.com.my dengan subjek bertajuk: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
6. Peserta adalah dialu-alukan untuk menghantar artikel dalam mana-mana bahasa.
7. Pemenang akan dipilih secara rawak.

Jom kita meriahkan!..Eca sendiri tengah karang entry tersebut. 
Mana nak tahu rezeki kita sangkut hadiah utama keeee...kan kan?! 
Tak cuba, Tak tahu!!!!

till next entry,
xoxo : ecadwinkyasha

Resepi Puding Jagung | Menu Kegemaran Iftar.

$
0
0
Resepi Puding Jagung | Menu Kegemaran Iftar.
Assalammualaikum.....kat group Sabahan Blogger, sibuk pulak dorang ceta pasal menu iftar. Telan liur jak lah baca conversation bebudak eh mak budak kat situ. Eca "UP"-kan terus menu kegemaran Eca kat blog...biar terliur korang semua eh eh!



pudingjagung


tu dia Menu Kegemaran Eca iaitu Puding Jagung...like seriously, Eca memang suka makan jagung. Tak pernah jemu makann, so apa ja yang ada kaitan dengan jagung, Eca memang suka contohnya, jagung rebus, jagung bakar, bubur jagung....sekarang teringin nak minum air jagung yang tengah HOTTT tu!

ok ok, Eca tak nak membebel panjang, nak share dengan korang Resepi Puding Jagung. 
Bahan-bahan
1cawan tepung kastard
3cawan air
1 tin krim jagung
1/2 cawan gula
1/2 pek santan
Garam

Cara Membuatnya
1) Gaul kesemua bahan kecuali krim jagung dan sebatikan.
2) Dah agak-agak sebati iaitu tepung jagung + santan tak berketul, masukkan krim jagung.
3) Masak atas api sederhana & gaulkan sehingga adunan puding nampak masak & berkilat.Tempoh dalam 30minit - 45minit bergantung kepada adunan kamu)
4) Dah masak, letakkan ke dalam mangkuk puding

 kalau korang nak tahu, tiga bahan utama iresepi ini iaitu tepung kastard, jagung & santan boleh korang beli secara "online" di Lazada?..tak caya, jom tengok gambar dibawah ne :





Lebih mudah kan menyediakan juadah iftar, apatah lagi kalau buat Puding ne waktu Sahur...simpan je dalam peti ais, lagi sejuk, lagi sedapp gitu!...Ohya, korang tahu tak Lazada sedang mengadakan Marhaban Ya Ramadan dan Riang Ria Raya Sale bermula pada 19 Mei 2017 - 30 Jun (sempat lagi ne nak memborong kat Lazada sebab diskaun sehingga 90% tau~)

Selamat Mencuba Resepi Puding Jagung by ecadwinkyasha =)
kalau sedap, khabar-khabarkan tauuuuuu.

till next entry,
xoxo : ecadwinkyasha.
Viewing all 92 articles
Browse latest View live