Quantcast
Channel: ecadwinkyasha.com — lifestyle, review tutorial etc
Viewing all 92 articles
Browse latest View live

Post-Convo Photography with #asfamily

$
0
0
Asssalammualaikum ^-^
throwback kejap kat entry ini dan ini (sila klik perkataan "ini").
Sehari selepas majlis konvokesyen eca, baru nak p STUDIO tuk gambar bersama FAMILY...kenapa eca tak p selepas majlis konvo, kan senang????!...oke,biar eca terangkan keadaan sekitar majlis konvokesyen eca yang berlangsung di UMS tu...

sebabnya...
PACKKKKK dan sangat PACK untuk pengetahuan korang!!!. Like seriously, selepas konvo eca di PWTC dulu, memang eca nak kalau boleh p cari studio luar dari kawasan majlis konvo sebab malas nak menyelit-nyelit dan hanya boleh bergaya dua-tiga pose. Bukan apa, majlis konvo UMS ne konfirm ramai. Sedangkan Sidang 1 pun hampir 300++ graduan, belum masuk sidang 2 (sesi petang)....Konfirmlah weiii, ramai orang pada hari tu. So, decide p cari studio luar dan yang penting, BOLEH KUMPUL FAMILY eca termasuk family kecik kakak dan abang eca.

INGAT, kalau nak bergambar dengan family :
  • Pastikan semua ahli keluarga boleh hadir.(Bincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu, cari masa yang semua boleh hadir)
  • Studio besar dan amat selesa. (Amat berguna untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai & jika terdapat anak kecil, lagi bagus supaya mereka selesa dan mempunyai MOOD yang bagus)
  • "CONFIRM"kan waktu untuk bergambar dengan jurugambar.(Selepas berbincang dengan ahli keluarga, konfirmkan kehadiran anda ke Studio agar tidak berselisih dan menanti agak lama dengan orang lain)
  • Tetapkan TEMA. (kalau nak nampak cantik, lagi bagus tetapkan tema warna bagi setiap ahli keluarga)

So, jom tengok hasil family-photography kitaorang.

"Akhil Rafiq tengok mana tuuuuuu?"
dengan tiga budak kecil, memang agak payah nak ambil gambar family dengan sempurna OKEY!...
tapi, sapa juga yang ada family sempurna...kita ne manusia biasa yang tak sempurna.
Nasib baik mood tiga budak ne nak bergambar jugakkk.
Paling excited Adik Najihah, studio tu dia buat macam rumah sendiri, lari sini sana....


lepas pegang budak n skroll, posing dengan bunga, posing dengan skroll, berdiri pastu duduk. penat, eh?!.

my PARENTS...yang paling banyak support.


Pandai berlakon dorang tengok, tengok result yang kosong tu~ =P


Paling penting bila nak ambil gambar studio ne kan, surveylah harga dulu....Macam PAKEJ yang eca ambil, RM88 je!..Walaupun takde FRAME, tapi banyak sangat pose.PUASHATI....tambah puashati, bila kawan-kawan yang ambil gambar dengan photographer kat UMS tu tak menepati expectation gitu.Kesian dekat kawan-kawan, ada yang tak dapat lagi gambar masing-masing.Pastu pulak, ada yang pilih pakej dengan FRAME, cermin FRAME pulak pecah....so, kiranya eca buat keputusan yang betul dengan pergi studio luar.


oke, sapa-sapa nak yang nak ambil gambar studio atau cari photographer, boleh contact :
CONTACT : 016-8171794


k, bye..see u next entry yang tak tahu bila.hikhikhik~


Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kolej Vokasional ILP Kota Kinabalu.

$
0
0
Assalammualaikum.
Khamis yang lalu, ILP Kota Kinabalu (tempat kerja eca!) adakan satu majlis untuk pelajar Kohort2013 iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil Vokasional (SVM) yang mana pelajar-pelajar ini sebenarnya dah tamatkan pengajian di peringkat sijil (selama 4 semester) dan sekarang dorang dah "otw" nak dapatkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

 
Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
ILP Kota Kinabalu | 24 Mac 2015 | Khamis

 Penerima Pelajar Terbaik dengan CGPA 3.50 ke atas..dari 46 orang calon SVM, mereka ini antara yang dapat keputusan 3.50 ke atas...Tahniah buat semua.Dorang ne masa amik SVM, eca tak ajar...eca hanya ajar KOHORT2013 untuk subjek Pengurusan Kewangan semasa Semester 1 DVM...Pelajar-pelajar ini juga adalah antara pelajar yang memberi perhatian semasa kuliah.



Dari ramai-ramai tu, tiga orang pelajar ini dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Bengkel. Dari kiri, NoorFitriyanie (Bengkel Cadd-Senibina), Hillary Sapok (Bengkel Rekabentuk Produk Industri juga penerima Anugerah Pelajar Terbaik Kohort2013) dan Mohd Ika Izham (Bengkel Mekatronik)
 



Suasana di dalam Dewan Teratai ILPKK sewaktu Majlis Anugerah Kecemerlangan.Pelajar Kolej Vokasional ILPKK memang tak ramai sebab pengambilan hanya dibuka untuk dua Kohort sahaja iaitu Kohort2013 dan Kohort2014.Untuk pelajar Kohort2014, eca ajar dorang subjek Bahasa Melayu dari sem 2 sehingga sem 4.....dan sebab tu jugaklah eca tak sabar tunggu Majlis Anugerah Kecemerlangan Kohort2014..konfirm ramai je akan dapat 3.50 (insyaallah).

...dan yang bestnya, semasa Pengarah ILPKK buat ucapan, sempat pulak beliau mention Keputusan Bahasa Melayu SVM yang mana semua pelajar lulus dan ILPKK merupakan ILP Terbaik untuk subjek Bahasa Melayu.Harussssslahhh bangga! ohya, lupa pulak nak ceta...sebelum penyampaian Anugerah, ada satu sesi dialog antara ibubapa, pelajar dan Pengarah ILPKK..Bolehlah ibubapa bertanya lebih jelas halatuju pelajar Kolej Vokasional ini.



Lepas majlis Anugerah Kecemerlangan, kat Dewan Rafflesia pulak ada majlis Penyerahan Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Tenaga pengajar bengkel akan menyerahkan transkrip dan Sijil kepada ibubapa serta pelajar. Lepas tu, ibubapa ne boleh jumpa setiap pengajar untuk bincangkan mengenai result serta attitude pelajar...Tambahan pulak, lebih baik kenal sesama ibubapa+tenaga pengajar kan?.

selesai sudah majlis ringkas yang persediaan tak sampai seminggu...yes, hanya 3hari. Isnin, meeting & sebelum tu, eca teman Kak Sitti uruskan hadiah. Rabu pulak ambil hadiah serta uruskan "Goodies Bag" dan buku program tuk dimasukkan ke dalam Goodies Bag tu...Ringkas je kerja, tak pening kepala.Macam tu baru best bekerja!.

sampai sini je cerita kali neyh. Jumpa korang next entry yaaaaa~
xoxo,
eca.dwinky.asha




Inteemor Jamu Moden untuk dalaman & luaran wanita.

$
0
0
Assalammualaikum korang!
cehhh tajuk eca, hebat benar bunyinya..sama hebat dengan Inteemor.urm, kenapa eca cakap HEBAT?!..sebab eca dah guna dan terbukti keberkesanannya.Kenapa Inteemor menjadi pilihan eca?!...Sebelum tu, nak gtau Ephyra ne hasil campuran Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Kunyit, Kolagen, Dong Qui, Akar Serapat, Habbatussauda, Buah Tin, Aprikot Seed, Acai Beri, Delima, Aloe Vera, Durian Belanda, Sireh dan Madu.

1. Haid yang tidak teratur.
eca akui masalah ne merupakan masalah besar bagi eca...dah 27tahun ne, takkan selamanya nak haid tu tak teratur kan.Apatah lagi, bagi perempuan kalau tak buat haid tu jadi teratur kang susah pulak nak merancang dapat anak (bunyi macam tengah merancang pulak...gua bujang lagi oi!)..bulan Jan and Feb, haid oke. Tapi bila bulan Mac, jadi tak okey lak.lambattttt sangat!...So, decide amik Inteemor dan alhamdulillah tengok syok travel, dia muncul pulak.

2. Masalah Keputihan.
Perempuan dan masalah keputihan, sakit hati kan?!..tapi Alhamdulillah...sekarang dah oke.Macam aritu, lepas habis je period, eca rasa keputihan banyak sangat.Baru nak amik Inteemor sebab masa datang bulan takleh tau amik inteemor. Alhamdulillah, lepas amik inteemor keputihan pun takde...=

3. Lebih bertenaga.
Mula-mula ambil Inteemor, eca sendiri terkejut dengan perubahan diri. Tetiba macam lebih bertenaga pulak....terlebih rajin bolehlah makcik-makcik masuk meminang.ehhh~ Tapi betul ne tak tipu...cuma kena ambik Inteemor pada waktu yang tepat dan teratur baru lebih bertenaga gitu.Macam eca, eca amik Inteemor ne dua sudu sehari. 1sudu selepas bangun pagi dan 1sudu sebelum tidur.



Sebenarnya, banyak lagi kelebihan Inteemor ne...Eca senaraikan untuk rujukan korang :
  • Mengetatkan, menegangkan & merapatkan otot faraj
  • Membuang toksin dalam badan
  • Melawaskan sistem penghadaman
  • Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan bau badan 
  • Mengatasi masalah kemaluan berbau
  • Menguatkan keinginan hubungan seksual
  • Membentukkan punggung agar lebih menawan 
  • Menyuburkan rahim & merapatkan pintu rahim
  • Mengurangkan masalah lemah tubuh badan
  • Mengatasi kekeringan faraj bagi wanita yang menopous
  • Menghilangkan keletihan dan kesakitan sendi
  • Menghalang jangkitan kulat dan virus
  • Memberikan perlindungan antioksidan yang tinggi
  • Meningkatkan pengaliran darah (membantu dalam meransang seksual wanita)


Ohya, pengambilan Inteemor ne adalah sesuai untuk Anak dara/ Wanita Berkahwin/Wanita Berpantang/Ibu Menyusu. Bagi wanita yang berusia 18-30tahun, dicadangkan untuk minum 1sudu besar sehari waktu pagi dan malam. Manakala, bagi wanita yang berusia  31tahun ke atas, adalah dicadangkan untuk minum 2 sudu besar sehari waktu pagi dan malam. Untuk dapatkan kesan lebih efektif, baik teruskan pengambilan Inteemor ne...Jangan pulak, tak nampak kesan seawal pengambilan dan stop yer then tukar p suplemen yang lain, memang taklah berkesan oi!...


Eca beli Inteemor dengan Blogger IntaNBerlian, tentulah dengan harga promo waktu tu.Hanya RM59 masa eca beli sebab untuk Sabah & Sarawak, tambah RM10 daripada harga promo RM49....tapi sebenarnya, eca dapat less lagi tau, cuma taknak cakap dekat korang berapa. Eca kan pelanggan tetap @ehhhhhhhhh?!

kalau korang nak beli atau hanya nak tanya-tanya dulu, 
boleh contact Kak Zarina (013 530 9850) atau PM kat Facebook : Zarina Tazari.  
ehh, lupa nak cakap Inteemor ne adik-beradik Ephyra tau.So, bukan setakat Inteemor je malah korang boleh beli Ephyra, Ephyra Skin Bar dan Ephyra Skin Nano jugak dengan kak Ina...sila-sila PM beliau secepat mungkin tau~

Hari Sarapan MILO Malaysia 2016 di Kota Kinabalu.

$
0
0
Assalammualaikum.
Ahad lepas (17 April 2016), eca luangkan masa pagi untuk bersama-sama warga KK bersarapan bersama MILO di Taman Awam Teluk Likas. eca gerak dari rumah kul 7.30pagi dan sesampai kat sana, PARKING FULL tepi jalan nasib baik dapat jugaklah parking. Bila sampai sana, acara dah lama bermula...Masa eca sampai, dah mula acara Zumba. memang meriah sungguh tau. Eca sendiri tak sangka orang-orang KK ne sporting untuk sama-sama berZUMBA...Kalau korang nak tahu, pengunjung acara Sarapan Bersama MILO ini hampir 2,500 orang walaupun acara ini dijalankan buat kali pertamanya di Sabah.

zumba @ Hari Sarapan Malaysia bersama MILO.
Selain dari acara Zumba, banyak acara lain tau....Untuk pengetahuan korang, pagi tu eca memang tak sempat nak sarapan cuma sempat minum air putih je...Nasib baik sampai sana disediakan makanan dan minuman MILO secara percuma....Kalau hari bekerja, eca memang kena ambik sarapan. Kalau tak sarapan, alamatnya korang akan dengar bunyi rengekan kelaparan eca sepanjang pagi tu. Kadang-kadang tu, eca nampak students tak bertenaga...Konfirm dorang ne tak ambil sarapan pagi...sebabnya badan kita akan kehilangan 80% tenaga semasa tidur.So, pengambilan sarapan pagi adalah WAJIB agar dapat menggantikan kembali tenaga yang hilang. That's why lah selalu nampak students tak bertenaga setiap pagi sebab dorang selalu skip sarapan pagi. Lepas ne, kena nasihatkan dorang supaya minum MILO je, konfirm dapat tenaga semula sebabnya MILO kini tampil dengan formula Activ-Go yang terdiri daripada PROTOMALT dan nisbah mikronutrien yang sempurna yang mana membantu memberikan tenaga yang optimum, mengurangkan keletihan dan  menyokong fungsi tubuh pada awal pagi.

minum MILO anda jadi Kuat & Sihat!....*trademark MILO*

Selain bersarapan secara percuma dan berzumba, banyak lagi aktiviti lain tau..Pengunjung juga boleh bersantai di bawah khemah yang disediakan..siap kena bagi tikar MILO tauuuu~.Memang aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga dihujung minggu....jom layan gambar pulak :




Geo Allen George (Pakar Nutrisi) dan Vannesa Lim (Pengurus Besar MILO) yang berkongsi maklumat mengenai khasiat MILO dan kepentingan Pengambilan Sarapan pagi.

Hari Sarapan Malaysia 2016 di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk pengetahuan anda, Milo kini menjelajah ke 7 tempat untuk mengajak rakyat Malaysia bersarapan bersama-sama disamping mendidik rakyat Malaysia betapa pentingnya mengambil sarapan. Melaka merupakan lokasi pertama jelajah Hari Sarapan MILO pada 27 Mac diikuti Kuantan pada 10 April dan Kota Kinabalu pada 17 April...Lepas ne jelajah Hari Sarapan MILO diteruskan ke :
  • Perbadanan Pasir Gudang, Johor (23 April)
  • Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (15 Mei)
  • Padang Merdeka Kuching, Sarawak (22 Mei)
  • Komplek Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya (29 Mei)

So, kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh layari www.milo.com.my =)

Bukti KEHADIRAN Blogger sebagai tanda sokongan kepada Hari Sarapan MILO.

jadi bila nak kahwin?!

$
0
0
Assalammualaikum cinta~
sekarang kan musim panas, nasib baik ada juga hujan turun semalam tapi kadang-kadang tetap panas juga sebab menjawab mulut-mulut-mulut orang bertanyakan soalan cepu emas!..."Bila nak kahwin?","Cepatlah kahwin!"..korang yang tanya tu, bawak bersabar oke?!...relax minum-minum greentea sambil pekena pisang goreng dulu.

Eca kadang-kadang pantang juga bercakap pasal kahwin!!!..Even my parents sendiri tak bercakap pasal tu...dulu before habis master, ada juga mama tanya tapi eca angin-anginkan soalan tu walaupun masa tu tengah bercinta dengan classmate. Lepas habis master, mama tanya lagi tapi diam-diam sebab masa tu dah takde apa-apa.hikhikhik....

Few months after convo pulakkkk, bapa tanya, "Bila nak sambung phd?!!!"...dan dan tu jugak eca tercenggang. MakPak orang lain sibuk tanya anak dia bila nak kawen, dah ada calon ke belum, nak dicarikan ke apa...mama dan bapa eca lain. Setiap kali parents datang rumah atau eca balik kampung, soalan tu akan keluar dari mulut bapa...penat menyiapkan thesis tak hilang gi, terngiang-ngiang proposal kena buat semula, teringat-ingat lapar masa jumpa supervisior....uwaaaa, eca tak sedia lagi amik PhD.....yang eca tahu, sekarang nak kumpul duit tuk next travel!!!!

tapi kan, sapalah taknak kahwin ke...cuma sekarang belum sampai JODOH..So, sementara kita tunggu JODOH yang masih sesat sampai...jom siapkan diri sendiri ke arah sebuah perkahwinan.



p/s : Sebenarnya, tiap kali orang tanya bila kau nak kahwin kat eca...eca macam nak tanya je dia balik, bila ko nak mampus?!....tapi, tue lahhh, kejam pulak jadinya!..hahaha~

Hari Guru 2016

$
0
0
Assalammualaikum.
ohyeah, semalam sambutan Hari Guru di seluruh Malaysia....firstly, nak ucap kat diri sendiri.."Selamat Hari Guru Miss Asha!!!"..tahniah kerana masih lagi bertabah mendidik anak bangsa....macam tu lah bila rasa macam takde orang nak wish kita, jadi wish diri sendirikkkkk.

ehhh, jap..sapa kata takde wish?!..ada je students yang ingat semalam adalah hari guru.Awal pagi dapat wish bukan setakat dari students & ex-students. Malah dari ex-boss (eca dulu keje pusat tuisyen), families & para skandals (eh!) pun wish...terharu, ada yang awal pagi wish, ada yang kena paksa wish.....dan untuk pengetahuan korang, tahun ne kat tempat kerja eca..takde sambutan hari guru. Takpe nak oi, students sibuk exam (pelajar KV) dan lagi 3minggu students eca (pelajar SKM) nak exam...Apa ada hal, cikgu sambut sendirikk je lah!


hidup sebagai 'cikgu' kat ILP Kota Kinabalu tak sama dengan cikgu kat luar. Memang yer, kami mengajar dan mendidik tapi dengan masa kerja yang amat panjang berbanding cikgu-cikgu lain, cabarannya masih sama lagi....sekali lagi, TAHNIAH sebab bertabah menghadapi karenah para pelajar Miss Asha. Kadang-kadang penat tau jadik cikgu tu.Sebab dalam masa sama bukan takat jadik cikgu, kita juga jadik Kaunselor, jadik Kakak/Mak pelajar ne, jadik supplier pen, jadik pelerai pergaduhan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu, sangat penat sampaikan balik dari kelas, tak dan nak angkat kepala, tak dan nak buat keja apa...sebab kat kelas totally PENAT otak & badan especially hari Isnin, Selasa & Khamis...kelas eca fulll tau dan bila ada orang komplen cakap, "Isnin baru ne takkan penat..buat keja tu!!!"..they are not in our shoes and stop complaining about us..dah marah sampai tersepeking londonggggg Miss Asha ne.Dan sesungguhnya orang-orang macam ne, takyah layan sangatlah, buat penat!...ihiksss

Ada orang tanya eca, "Penat pun kerja kan?!"..yer, sudah menjadi cita-cita sejak kecil nak jadi cikgu kan?!..so mau tak mau, berbaktilah walau tak dipuji gitu!.Walaupun penat, bila berdepan dengan students yang banyak bertanya even banyak main, itu sangat-sangat buat hati banyak senang. Happy je walau kadang-kadang menyampah noks oi dengan dorang tapi my students know how to tackle me back to the track. Terima Kasih Pelajar-pelajar ILP Kota Kinabalu sebab  redha jadik students Miss Asha yang comel tapi garang ne. Terima Kasih nakkk oi!

dengan dua budak bila masuk kelas TPM, dorang dua akan jadi zirafah tengok kalau Miss Asha ada bawak makanan!.

Hadiah hari guru terindah tahun ne?!..Bila eca bergurau dengan pelajar Elektrik Sem4 mintak hadiah dari dorang dan sorang budak nama Ameerul ne tetiba cakap, "Miss, tiada hadiah ne tapi Terima Kasih Miss a jadi miss kami, ajar kami...terima kasih miss aaaaa"...ia lebih bernilai dari apa-apa hadiah pun bila ada orang menghargai kita.Betul tak?!...

So, sebelum tahun 2016 berakhir, eca nak wish Selamat Hari Guru 2016. 
Guru Pembina Negara Bangsa dan berkhidmatlah selagi kita diperlukan.~

love,
Miss Asha yang comel tapi garang.
rawrrrrrr~


Temuduga PPPDG 41 MARA.

$
0
0
Assalammualaikum sayangku sekalian.

Tarikh 17 Januari 2015 (yer, tahun lepas..tahun ne baru nak update!)..eca dapat panggilan interview untuk jawatan PPPDG41 MARA (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41) bertempat di IKM Kota Kinabalu, Sabah. Masa tu happy kemain, kira hadiah birthday lah untuk eca. Namun, rezeki tidak berpihak kepada eca bila tak berjaya untuk mendapat jawatan tersebut...Tapi, tahun ini ramai pulak rakan-rakan dari Unitar berjaya mendapat panggilan interview tu.So, eca nak kongsikan sedikit pengalaman eca semasa menghadiri temuduga pada tahun lepas.

1st, korang kena tahu untuk temuduga ini terdapat 4 slot yang korang kena ikuti iaitu :
  • Fitness Test (Ujian Kecergasan)
  • Psikometrik Test
  • Mock-Teaching 
  • Interview berkumpulan
So, korang kena siap sedia untuk keempat-empat ujian ini. Untuk ujian kecergasan, sila pastikan korang pakai PAKAIAN SUKAN lengkap dengan KASUT SUKAN yang selesa. Ujian ini tak susah pun, korang akan diberikan task untuk berlari sejauh 100m (kalau tak silap eca!) dalam jangka waktu yang diberikan. Takpe, kalau tak larat boleh keluar je.....
TIPS : stamina kena cukup yer!.So, make sure korang dah p fitness awal-awal.

Then, ada psikometrik test. Untuk ujian ini, pastikan korang bawa alat tulis seperti pensil, pen, pemadam, pembaris & kalkulator..Nanti korang akan diberikan 1set soalan objektif yang lebih kepada pengetahuan am dan soalan ujiminda.

Seterusnya, korang kena buat Mock-Teaching atau lebih mudah eca katakan, korang kena mengajar di hadapan dengan dua (atau lebih)  interviewer. So, korang kena anggap interviewer tu adalah pelajar korang. JANGAN SYOK SENDIRI pulak mengajar yer. Kalau interviewer tu rasa enjoy dalam kelas, peluang korang untuk lulus Mock-Teaching adalah sangat CERAHhhhhh.
TIPS : pastikan korang faham dan amat faham tentang topik yang korang nak ajar tu serta sediakan aktiviti yang sangat menarik yer. Jangan lupa sediakan LESSON PLAN & ABM masing-masing tau~

...dan yang terakhir, korang akan ikuti temuduga secara berkumpulan.So, korang kena perlu lebih menonjol daripada calon-calon yang lain. Adalah lebih penting korang untuk perkenalkan diri dengan ringkas tapi padat.contohnyaaaa, "
"Selamat Pagi, nama saya Ali. SPM tahun 2006 mendapat 12A, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengkhususan Matematik dari UPSI kini melanjutkan pelajaran ke UMS dalam peringkat Ijazah Sarjana Matematik. Pengalaman kerja saya tiada tapi saya yakin dengan latihan mengajar dan pengetahuan saya boleh menjadikan saya sebagai guru yang baik."

ringkas tapi padat dan berkeyakinan. Korang boleh olah mengikut apa yang korang nak promote diri korang sendiri. Jangan pulak meleret-leret perkenalkan diri tu yerrr..KISS (keep it short & simple) yer korang....INGAT!!!!..eye-contact sangat penting bila berhadapan interviewer. Adalah amat penting apabila kumpulan korang diberikan satu soalan dan korang WAJIB turut serta untuk berikan pendapat korang. Samaada betul atau tidak, dorang cuma nak tengok sejauh mana korang berikan pendapat masing-masing.

so, eca harap sedikit penerangan dari eca kali ini dapat membantu korang menjalani interview tu nanti. 
Good Luck untuk semua~

Sarawak Trip

$
0
0
Assalammualaikum.
cuti sekolah yang lepas, eca p Sarawak. Tujuan utama p Sarawak sebab nak hadiri majlis perkahwinan rakan yang terlebih comel eca, si Syipakkkkk. So, nak ceta pasal trip eca sorang diri ke Sarawak.

10 Mac|Khamis
Flight eca jam 1025pm, sampai Kuching International Airport dalam pukul12 jugak. Ohya, nak masuk Sarawak takyah pakai passport dah..(bagi orang Sabah, tak tahu pulak orang Semenanjung).Menurut cakap mama, dulu masa dia study kat Sibu, dorang kena tunjuk passport Malaysia. Tapi, eca kena bagi 1kertas yang menyatakan eca masuk Sarawak...dan kertas penyata tu, kena bagi balik masa keluar dari Sarawak....*kira macam guarantee lah masuk Sarawak kan.Nasib eca baik sebab Syipakkk dah tunggu kat airport...terus balik rumah Syipakkkk.

11Mac|Jumaat
Subuh lagi dah terbangun dengar azan, tapi sambung tido balik (jahanemmmm dak eca tu kan!).Around 7am, Syipakkk kejutkan sebab nak keluar p Breakfast.....and Im so excited sebab nak makan makanan made-in-Sarawak.hakhakhak...dan menu breakfast eca pagi tu ialah :
Rojak Ayam Sarawak...nyummm.
Lepas breakfast, balik rumah & tolong buat hantaran kahwin Syipakkk.Petang tu pulak, mak Syipakkkk suh p Pasar beli Asam Paya tuk buat umai, and I am excited tengok pasar.hahaha!!!Before balik rumah, sempat singgah makan cendol & rojak buah.*sumpah cendol sedapppppp~
the best cendol in Kuching.

Then, eca belajar buat umai ikan dari mak Syipakkk.sumpah sedapppppp walaupun leceh banyak kena potong kecik-kecik...*sekarang dah teringin pulak nak makan umai ikan. Malam tu takde buat apa sangat..duduk rumah & kenal sikit-sikit dengan family Syipakkkk...tidur awal tau sebab esoknya nak p Serikin tuk memborong.

12Mac|Sabtu
Awal bangun sebab excited nak p Serikin...kalau korang nak tahu, Serikin ne jual macam-macam barang dari Indonesia.Ala, sempadan Sarawak-Kalimantan,Indonesia lah kiranya....Macam-macam ada dan eca sebenarnya excited nak cari kain pasang & batik Sarawak yang lebih murah berbanding kedai-kedai kat Kuching.

Pasar Serikin tu buka hanya di hujung minggu.Memang kena p awal, sebab jalan ke sana selalu agak jammed. Ramai orang p sana kannn, tu pasal jammed.So, dari Kuching p Serikin dalam sejam jugaklah..Kitaorang (eca & Syipakkk's bestfriends Zaa, Eny & Eny's husband) gerak dari rumah dalam 10lebih..Sampai kat Serikin, 11lebih almost 12pm yang mana cuaca agakkkkk panas. Sila bawak payung awal-awal yer korang, sebab cuaca kat situ agak panas tapi berangin...Kawasan hutan oiii, konfirmlah berangin kan, pokok masih banyakkkk.

Dari satu gerai ke satu gerai, omgeeeeeee sakit mata & sakit hati. Cash awal-awal sila bawak banyak-banyak, sebab dugaan nak membeli tu macam ada saitooon bergayut kat badan.Lagipun takde korang nak withdraw kat sana yer & segala makbapak kadkredit pun tak berguna.Ikut pengalaman eca shopping kat Serikin & Pasar Baru, Bandung..lebih kurang je kualiti kainnya.Lagi bagus bila datang Serikin, bawak sekali orang Sarawak atau orang yang dah fasihhhhhh berbahasa Sarawak...Bukan apa, kalau penjual tu tahu korang "orang-luar", dorang takkan bagi banyak sangat diskaun even memborong...credit to Eny sebab tolong eca tawar-menawar...Habis jugaklah around RM300 beli kain raya tapi puashati sebab dapat dua pasang masing-masing tuk eca, mama & adik pompuan.

MINTAMAAF, GAMBAR HILANG PULAK...sedih oi!

Balik Kuching dahhhh penat tapi hilang penat bila dapat makanan Jawa especially tempe yang memang feveret eca tuuu! Malam pulak, majlis berinai Syipakkk...So, amik kesempatan jugak tumpang berinai.


13Mac|Ahad
Bangun pagi tolong apa yang patut & yesss, hari yang ditunggu Majlis Perkahwinan #amrenzafirah...banyak betul benda baru eca dapat alami hari tu.Totally, kenal sikit budaya perkahwinan orang Sarawak. Lepas majlis kahwin, pengantin bawak p Santubong tuk photoshoot....Selalu dengar hikayat Puteri Santubong, tapi yang ne tengokkk depan mata oi!!!...Gila cantik view dia,padanlah ramai sangat pengantin buat photoshoot dekat situ yerrr.
cantik ya ampun.....belum tengok laut tu lagiiii~
Balik dari Santubong, Pakcik eca yang dah menetap almost 20tahun kat Sarawak amik eca & bawak gi makan kat tepi sungai...So, merasalah daku "Mee Kolok Daging"...sumpah sedap mee kolok, daging tolak tepi sebab langsung tak makan pun...daging liat dan menurut kata pakcik,"daging kat Sarawak mahallllll & most are imported dari Sabah"...no wonder, daging tu liat sebab lama dalam peti kotttt.

makan-makan kat tepi sungai...seberang dari Kubah Ria.

Lepas tu, jalan-jalan malam kat Kuching & balik hotel. ohya, eca menginap malam tu kat Tune Waterfront...kenapa menginap kat Tune?..satu MURAH, dua dekat dengan WATERFRONT...murah sebab takde tv, takde wifi, takde aircond, takde toiletries.takpe, semalam je buat pe nak ada semua tu...most important, SELESA yer...ohya, kalau kat area tu, sila berhati-hati oke. Sebab kat situ dianggap "Black Area"...even banyak sangat hotel berhampiran.


14Mac|Isnin
Masa tuk balik Sabah...sebelum balik, p memborong lagi kek lapis tuk bawak balik KK...Nak pergi beli kek, kita naik sampan yer....sebab yang jual kek tu, kat seberang sungai.Actually, ada jalan lain ke sana takyah naik sampan, tapi jauhhhh, so naik sampan dekat & bayar RM1 je.Before menyeberang tu, eca jalan-jalan sekitar sana and I found :

gigih eca pusing-pusing, kawan lak cakap "datang Sarawak, kena bergambar dengan kucing".tak sanggup aku berdiri kat tengah tu..malu oiii!.So, ambik je la gambar kucing as a symbol dah sampai Kuching....Lepas tu, misi diteruskan dengan beli kek lapis di Mira Cake House....gila oi, rambang mata nak pilih apa. Beli 10, percuma 1 oi, apalagiiiii.hehehe.Puashati.

the sampan to the seberang >,<
Before ke airport, pengantin bawak makan kat Dayang Salhah Cuisine kat belakang Pullman Hotel...so, eca pun pilih "Mee Jawa"....sedapppp yer mee jawa. Lepas makan, p cari kasut lak kat Plaza Merdeka sebabnya kasut eca "missing-in-action".Tu pun pinjam kasut Eny..(Moral : standby, at least bawak dua kasut kalau p travel)...sib baik dapat kasut under RM30 kat Verns.

tetiba lak rasa nak buat posing macam ne setiap kali travel.

Overall percuti ke Sarawak was under 1k...and teringin nak datang lagi tauuuuuu kalau ada orang sponsor.ahakkk~
Thank you Sarawak for a great moments.
Thanks to Syipakkk's families (parent, brothers, aunts, uncles & cousins)
Thanks to Syipakkk's bestfriens (esp Eny & Husband and Zaa)

harap lepas ne akan lebih banyak #ashatravel sebabnya tengah plan nak p *****
byeeee korang *-*

Ketagihan Membeli & Membaca Buku

$
0
0
Assalammualaikum
sapa ada minat membeli & membaca buku macam eca..kita boleh jadik geng!..Tapi sekarang ne, eca dah tak berapa nak beli novel tebal-tebal..Bukan apa, bila baca tu, macam terbawak-bawak jadik watak utama.part paling tak best bila terbayang-bayang watak HERO yang kononnya macho, kaya, educated...dalam real life, dapat yang memahami kita pun payahhhhh =.="

That's why, novel cinta macam tu..elakkan dari dibeli. Lagipun eca lebih memilih novel-novel ringan terbitan Lejen, Nubook dll....bacaan ringan tapi bermakna, baca ulang-ulang pun tak bosan cause it was in our reality....

..selalunya kalau eca berjalan p shopping mall, kedai buku WAJIB singgah tau. Kadang-kadang bukan tuk beli, more to survey & beli bila ada duit....dah 3bulan eca takbeli buku, ne sekali beli nak jugak beli banyak-banyak topup 3bulan yang tak terbeli tu.

macam ne lah kejadian dia bila takde duit tapi p kedai buku. =.="



korang sama tak macam eca?!...ke tak minat membaca?

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah

$
0
0
Assalammualaikum.
Alhamdulillah, next week berjumpa lagi kita dengan RAMADHAN...sebulan puasa & sebulan raya menyusul..ohyeaaaah~..puasa juga, jangan lupa kita kena bayar ZAKAT FITRAH.untuk negeri Sabah, masi kekal RM7 yer dan masi kekal juga bapa eca akan bayar tuk family we olss~.




tempat korang berapa pulak?
masih kekal atau bertambah?

Mulanya Ramadhan1437H

$
0
0
Assalammualaikum..
yeahh, dekat Sabah kurang dari 3jam lagi nak berbuka dah!...jangan jeles korang di Semenanjung & Sarawak sanaaaa....Sabah memang berbuka awal tapi Subuh pun awal jugak =.="...Masuk bulan puasa ne, wallpaper phone eca telah ditukar dengan gambar jadula waktu solat include waktu imsak sekali...Tujuannya, supaya bila bangun subuh tu alarm berbunyi ke atau memang terbangun, perkara pertama ialah tengok phone...terus dapat tengok jam & tengok waktu imsak serta Subuh sekali...kot-kot tak terdengar alarm kan, jadi berharap je lahhh belum masuk waktu. *untung-untung leh makan kurma lagik sebijik

sebelum ne alarm jam5, sekarang alarm kena set start dari jam3.

..dan seperti biasa, setiap kali masuk Ramadhan....ILPKK akan beri setiap staff  1kotak kurma.Alhamdulillah, tak yah beli kurma lagi..Kalau ne cukup seminggu, next week baru beli lagik. Eca memang akan telan kurma dulu setiap kali berbuka & setiap kali sahur pun, sama jugak.



...Bazaar terdekat dengan opis ialah Bazaar Indah Permai. tak jauh sangat dalam 5-10minit sampai.Tapi nak carik parking, ya ampunnnnnnnn....*seksa jadik driver oi dan sib baik bukan eca yang drive*.Untuk Ramadhan kali ini, eca limitkan RM5 setiap kali ke bazaar. Kan puasa mengajar kita untuk menahan makan, minum & paling penting menahan nafsuuuuuuuu tu. Maka, seorang ecadwinkyasha telah mendisiplinkan dirinya bahawa setiap kali bazaar bajet ialah RM5 sahaja!..


hasil membazaar semalam, RM2 tuk puding pandan & RM2 untuk 4biji kuih koci. ne untuk makan berdua je yerrr..eca & housemates je puwn...Total pembelian semalam, RM4 dan still ada baki RM1...boleh bawa ke kunjungan seterusnya. Ohya, selain disiplin RM5 sahaja, eca try disiplin tuk pergi bazaar pada hari Isnin, Rabu & Jumaat sahaja. Kalau pergi hari-hari, boleh bosan jugak tu yer...


ceta puasa korang pulak camne?..meh share kat ruangan komen~

Baju Raya 2016

$
0
0
Assalammualaikum & Salam Ramadhan.

ohyeahhh, tahun ne ntah kenapa tiba-tiba super excited pasal BAJU RAYA..maybe sebab tahun ne diri sendiri p beli kain & p hantar kain kat tailor kottt.Ye lah, sejak kecil harapkan mama je buat semua tu!..sampai ke besar tau tapi tahun ne sebab semua buat sendiri kecuali adalah sikit mama belanja beli kain masa eca bercuti kat Sarawak hari tu.

sedar tak sedar, eca hantar actually dua kain which dua-dua kain ne eca beli kat Serikin...jatuh cinta dengan jenis kain & corak kain tu tauuuuu....dan bila tailor eca hantar ke rumah baju-baju tu, tambah jatuh cintaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




tailor eca ne, rakan blogger jugak!!!!..cuba terjah : Blog Asha Lya
Actually dah selalu hantar kain kat Lya tuk jahitkan...semua bermula bila eca beli kain ela kaler navy blue nak buat jubah tapi tak tahu nak hantar kat mana....so, masa scroll IG, ternampak Lya post pasal gambar baju yang dia jahit.Terus whatsapp Lya tanya dia dan deal dengan dia tuk hantar kain tu. Disebabkan kadar upah yang Lya amik berbaloi dan eca suka sangat kekemasan jahitan Lya...terus continuos sampai sekarang hantar kat Lya....kalau korang nak tahu, Lya dengan husband dia duk kat Kinabatangan which is miles away dari Kota Kinabalu, dalam 5-6hours tak silap eca...Tapi takde hal sangat nak hantar & ambil baju tu..Kadang-kadang jumpa kat tepi kedai, kat Taman Awam Teluk Likas dan pernah sekali kat Survey Putatan.....Lya, siap sedia lepas ne nak hantar dua kain lagikkkk!!!

..selain tu, eca ada sepasang jubah lagi hasil jahitan Lya. Jubah ne sebenarnya nak buat jubah tanpa lengan nak pakai dengan cardigan tuk Majlis Kahwin Syifa tuuuu, tapi tak jumpa lak cardigan yang sesuai...Balik dari Sarawak, terus eca hantar sekali dengan kain raya tuk Lya jahitkan lengan pulak...So, puashati lagik sekali dan tak sabar nak pakai tuk raya!!!!...


...dan sepasang lagi baju kurung. hasil jahitan Lya jugak! Kain ne mama bagi, cantik sangat corak & kalernya.




sekarang, misi mencari tudung pulak dahhhhh!
mohon yang mengaku sayang saya belanja 4helai tudung baru, boleh takkkkkk?!

Fesyen Hijab Terkini Pilihan Hijabista

$
0
0
Assalammualaikum & Salam Hari Raya~
Even dah habis cutiiiiiiiiiiii, tapi mood raya masih ada!..Syawal kan sebulan, jadi mood tu mestilah sebulan jugak...Raya kali ne, eca sakan jugak beraya ke rumah sanak saudara..macam-macam fesyen berhijab eca dapat lihat. Seperti mana juga dengan pakaian muslimah yang sentiasa mengikut trend terkini, hijab juga tidak kurang dari mengikut arus permodenan semasa. Antara fesyen hijab yang pernah popular suatu ketika dahulu adalah koleksi pashmina, koleksi tudung bawal, koleksi glitter shawl dan koleksi turban, kini para hijabista memilih fesyen hijab terkini seperti berikut untuk tampil bergaya;

 
Fesyen Shawl Keknis (Hanis Zalikha) 

Effortless Hijab yang menjadi trend masa kini di popularkan oleh Blogger, Pelakon & Pengacara popular juga ibu muda iaitu Hanis Zalikha....juga dikenali dengan nama Fesyen Tudung Keknis amat popular kerana ia mudah dipakai selain sesuai digunakan dalam semua penampilan yang ingin tampak ringkas namun elegant gituuuu~. Memang ringkas sangat sampai eca nak lilit-lilit shawl pun tak sampai 5 minit, adik pompuan pun tanya camne nak buat ringkas camtu!

Namun, ada juga yang tak nak tudung/shawl lilit segala kan, including my mom tu...Mak-Mak tak berapa berkenan lilit ne, dorang lagi suka sesuatu yang ringkas tapi nampak menarik...Antara pilihan yang ada ialah fesyen tudung express atau tudung sarung. Kini, pelbagai koleksi tudung sedemikian muncul dalam pelbagai jenis rekaan serta saiz...Malah, ada yang direka dengan awning keras, awning lembut serta takde awning langsung tapi masih lagi menarik.
 

bagi golongan wanita atau pun kebanyakkan remaja perempuan serta ibu-ibu yang ada anak kecil, pilihan tudung instant shawl menjadi pilihan. Tak perlu lilit cuma perlu sarungkan ke kepala sahaja. Apatah lagi tak perlu gunakan pin mahupun brooch. Lebih selamat gitu terutama yang ada anak kecil suka sangat tarik-tarik tudung maknya..tak ke haru kalau anak-anak ini terdedah kepada bahaya jarum pin mahupun brooch....So, tak hairanlah tudung instant shawl menjadi pilihan...Antaranya :...

perlu sarungkan sahaja dan kemaskan di bahagian dagu & bahu.

Last, tudung fesyen hoodie....Tudung jenis ini melibatkan inner & hoodie..So, perlu bijak untuk menggayakannya agar ianya tampak lebih menarik. Inner dibahagian dalam juga boleh digunakan berulang kali dengan hoodie-hoodie yang belainan untuk tampak lebih menarik selain menjimatkan duit anda!


Lelaki kat luar kena faham, kita orang pompuan ne....kena lebih alert yang kita memang suka nampak cantik. Thats why selalu complain takde tudung yang bersesuaian dengan baju kan...actually bukan tak sesuai, cuma kita suka mempelbagaikan fesyen tu, betul ke tidak?!...hihihiii.

Ayam Penyet Reunion Raya

$
0
0
Assalammualaikum.
baru terkedek-kedek nak update entry raya padahal rayanya dah lama habis...raya haji pun nak dekat dah...sebab kemalasan melanda diri sendirik.asyik main gameeee je kerjanya!!!..Orang lain sambut raya masa Syawal, eca & geng Ayam Penyet pulak sambut raya selepas Syawal, sebabnya orang Lawas baru turun KK, kita layan je permintaan orang nak beraya sama.

Tempat : Rumah Kak Wid kat Rose Garden Kinarut.
Hari : Sabtu 3 Zulkaedah.
Masa : 5pm - sampai kenyang.

Masing-masing dah plan nak potluck. Konon taknak susahkan tuan rumah masak banyak-banyak. So, eca konon nak bawak puding mangga atau salad buah...dasar pemalas satupun tak buat. Last-last share dengan Fazi beli kek kat Secret Recipes. Orang Lawas nak Coklat Chesse, tapi kek tu dah sebulan dorang tak buat....sedih juga sebab eca antara penggemar kek tu.

Pastu, nak lemang. Tapiiiii lemang yang abam navy jual kat politeknik tu jap ada jap takde.Last-last gi beli Ketupat Palas Segera tapiiiii tak jadik gi rebus. End-up, Kak Nyra (orang Lawas tueeee...) ajak gi Lok Kawi sebab kat sana ada orang jual LEMANG!!!..punya HAPPY daku.sebab teringin nak makan lemang kan....tapi mahal pulak lemangnya. Sebatang je RM13 ke aku yang tak tahu rate harga lemang memang camtu?!.

konon-konon mula makan awal, balik awal. TAKDAK MAKNANYA kalau geng Ayam Penyet dah jumpa..bergambar je 30minit. makan-makan-makan lagi, sambung gosip-gosip-gosip lagik...malam jugak baru balik.hikhiks.meh layan gambar duluuuu.....

mula-mula plan beli kek slice by slice ikut kegemaran masing-masing. Tapi bila fikir kat rumah Kak Wid ramai budak-budak, terus eca & Fazi decide beli 1bijik terus. Puashati makan ramai-ramai kan?

sesi ambuyat yerrr..Orang Lawas bawak ambuyat, tapi tukang buatnya ialah Kak Wid & Eca...betullah dak eca tu dah leh kawen dengan orang bangsa Brunei...#eh eh.

ne lah mastermind kitaorang sambut SYAWAL di bulan ZULKAEDAH.

Ayam Penyet + Zikri. 

Rumah Kak Wid memang lawaaaa, suka posing sakan kitaorang yer.


tuan rumah sedia KARI DAGING & REBUNG. orang LAWAS bawak Sambal Tahai.
eca & Fazi, bawak perut.hahaha~

dah habis zaman master ne, memang payah nak jumpa cik akak bertiga tu.bila nak lepak-lepak lagi pun tak tahu lerrr, sebab masing-masing dengan komitmen masing-masing. Kak Nyra jauh nak datang dari Lawas, Kak Wid pulak sejak dah keja kat JPNS banyak aktiviti pemantauan even hari Sabtu, Fazi pulak ulang-alik KK-LD dengan dak eca tu Sabtu asyik dating meeting je...bila nak lepak sesama, memang kena set appointment awal-awal.



“Sweet is the memory of distant friends! 
Like the mellow rays of the departing sun, 
it falls tenderly, yet sadly, on the heart.”
– Washington Irving

Sanggar Peppek a.k.a Pisang Penyet.

$
0
0
Assalammualaikum.
eca bab masak bukan nombor satu tapi kalau diri tu kepingin dahhh, laju je cari bahan & masak!....Konfirm bukan pilihan bakal-mak-mertua tuk dijadikan menantu. Pemalas kemainnn tapi bila bakal-mak-mertua dah rasa sanggar pepek & sambal belacan eca, perghhh, dan2 nak jadikan menantu..#ehhh?!.

sanggar pepek atau senang korang panggil pisang penyet ne makanan suku kaum Bugis. Dulu masa study degree, eca duk serumah dengan orang Bugis...dari situlah pandai makan. Pastu dulu ada satu restoran kat Alamesra jual sanggar pepek ne tapi dah tutup. Makanya, kita buat sendiri lah ikut anak tekak!...

Bahan-bahan :
Pisang (yang masih hijau tauu!)
Minyak Masak
Belacan *
Bawang Putih + Bawang Merah *
Tomato *
Cili Padi *
Gula + Garam *
*Bahan untuk buat sambal belacan.

Cara memasak :
1. Blend bahan-bahan tuk buat sambal.
2. Siap blend, boleh tumis ikut kesesuaian korang. Agak-agak dah masak semua, rasa pun dah cukup..boleh angkat & ketepikan.
3. Panaskan minyak sambil kupas kulit pisang.
4. Agak dah panas, pisang sebiji-sebiji masukkan ke dalam minyak panas.
5. Agak dah kekuning-kuningan pisang tu, keluarkan.
6. Lepastu, gunakan lesung tuk penyet-penyetkan pisaang tu supaya jadi melebar. (korang tumbuk-tumbuk je, takyah nak guling-gulingkan sangat!)
7. Then, masukkan kembali ke dalam minyak panas tadi & goreng sehingga garing.
8. Bila dah garing, boleh angkat & nikmati pisang penyet koraang dengan sambal belacan + secawan kopi.




nyummm, weekend ne kalau free nak buat lagi aaaaaa.
korang try lah dulu buat yer~
nanti khabar kat eca apa rasany ^-^


Ostania Mangosteen Amrita untuk kesihatan

$
0
0
Assalammualaikum semua!
lama tak membebel kat blog sendiri, sibuk sangat (bajet-bajet sibuk sebenarnya,hihi!). Bila busy tu, eca memang penat. Balik kerja tak larat dah nak buat apa-apa tapi banyak kerja menanti kat rumaah yang KENA BUAT JUGA!!!!. Dah penat tapi tak larat tambah lagi beberapa minggu lepas, eca sakit cirit-birit.Ada je dalam seminggu tu jadi penunggu kat tandas =.="

TAPIiiiiii, eca diperkenalkan dengan satu minuman tambahan iaitu  
 OSTANIA MANGGOSTEEN AMRITA


Ostania Mangosteen Amrita ne sangat-sangat SEDAP...kalau ada sesapa macam eca yang suka makan manggis, minuman Ostania dihasilkan daripada keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulit buah manggis yang mana ianya merupakan sumber Xanthone yang sangat baik dan memberikan banyak kesan kepada kesihatan anda. Selain manggis, Ostania juga ada bahan sampingan seperti epal, roselle, acai berry, anggur dan buah delima serta tiada gula tambahan...so, boleh disimpulkan Ostania ini merupakan minuman yang tinggi antioksidan.



cara pengambilan Ostania ialah 30ml diminum begitu sahaja ataupun boleh ditambah lagi dengan 30ml air. 30ml tu lebih kurang 1sudu makan tauuuuu...sekali ngapp, pastu minum banyak air bagi memudahkan pelawasan. Bagi eca sendiri, minuman tambahan ini sangat baik sebab kebaikannya terbukti. Antara kebaikan Ostania adalah :

  • Melawan radikal bebas yang berbahaya yang bertanggungjawab untuk penuaan dan keradangan.
  • Berhenti keletihan dan meningkatkan pesakit pemulihan selepas terapi kimo semasa fasa pemulihan atau atlet di fasa pemulihan.
  • Mengurangkan keradangan.
  • Mengurangkan radikal bebas yang berbahaya. 
  • Memperbaiki sistem usus dan membantu mengurangkan berat badan.    
lagi satu yang eca suka pasal OSTANIA ne, botolnya boleh digunakan semula dan botol daripada aluminium. 
kalau letak minuman sejuk, dari pagi sampai ke petang tahan lama =)
Harga untuk 3botol cuma RM130 sahaja. Untuk pembaca blog ecadwinkyasha, korang boleh gunakan KOD DISKAUN RM10 (untuk pembelian pertama kali sahaja!)..gunakan kod FBIO-DAW. Dapatlah beli 3botol ini hanya dengan harga RM120 dengan percuma pos penghantaran ke tempat korang yer!

Selain Ostania, Furley Bioextracts juga mengeluarkan pelbagai lagi kesihatan untuk korang.
boleh klik LINI INI untuk survey, kota-kot ada yang nak cari barang lain kannn -> FURLEY BIOEXTRACTS




klik banner diatas pun boleh!!!! =)

eca sarankan bagi wanita ke lelaki ke yang dah lewat 20an tu, amalkan lah pengambilan minuman atau makanan tambahan. Bukan apa, kita semakin "tua" banyak hormon bertukar ganti...so, kenalah maintain tenaga supaya sentiasa bertenaga gituuuu...so, jomlah amalkan Ostania.

Kad Debit Maybank

$
0
0
Assalammualaikum.
ohyaaaa, dah Disember dan bakal berakhir tahun 2016...nak habis tahun 2016 ne, korang dah tukar kad debit ke belum? Riuh kan semua kad bank kena tukarkan kepada kad myDebit...eca pun ambil kesempatan tukar kad, tambaahan pula kad lama eca memang dah sampai masa kena tukar yang baru.eca tukar melalui maybank2u je, cepat dan tak perlu pergi bank. Eh eh, sebenarnya ada beberapa bank yang beroperasi pada hari Sabtu untuk proses penukaran kad tau..antaranya CIMB, BSN, Bank Rakyat<---informasi boleh dipercayai tau!!!.

Alhamdulillah, tiga minggu lepas tukar kad melalui maybank2u, eca dah dapat kad baru.Ramai kawan-kawan yang dok Semenanjung dalam tempoh dua minggu je dah dapat kad.Maybe Sabah & Sarawak lambat sikit kot...harap bersabar korang yerrr!!!!..dan kalau boleh, bila korang dah buat melalui maybank2u, pastikan korang ada menerima SMS atau email dari Maybank.

kad baru masih mengekalkan gambar cherry.

apa yang best kad myDebit ne???..tentunya boleh gunakan terus bila nak buat pembayaran kan.Tak perlu bawak cashhh dah tapi bahaya jugakkkk bila tak terkawal.hihihihi.Ohya, ini pengalaman eca yang first time guna myDebit ne di McDonald minggu lepas. eca malas nak kuarkan cash yang terselit-selit dalam dompet kan..eca pun gunalah kad myDebit...masa tu member yang drive, pas dengan dia kad nak swap dan masukkan nombor pin konon tapi casher tu cakap takperlu swap just perlu scan kad je!!!!...tercengangggg lah kitaorang sebabnya dah terbayang sapa-sapa yang pegang kad tu boleh guna sesuka hati kannnnn????? eca tanya mama, sebab dulu mama selalu guna kad bank tu jadi kaddebit bila beli barang...memang masukkan nombor pin ya!!!..dah kenapa sekarang takyahhhh tekan nombor pin dahhhhhhhh.

dah tu pulak, sehari selepas tu eca terbaca kat fb ::

omgggggggggggggggg, takut!!!!!!..no more myDebit lahhh!

So, korang dah ada pengalaman dengan myDebit ke belum?!...Walaupun ada masalah camne, kad lama tetap kena tukar ye!!!!.Ohya lupa nak inform korang kita pun boleh limitkan penggunaan kad myDebit ne.Sebenarnya semua tu dari kita ya!!

kalau ada pengalaman, boleh share dengan eca, nanti eca boleh update kat entry ini.
till next entryyyyyyyyyyyyyy, #muahciked~

Majlis Kahwin-Kahwin.

$
0
0
Assalammualaikum.
hujung tahun camne lah paling banyak jemputan kahwin kan?!...kadang-kadang dalam satu hari tu, nak 5 jemputan kahwin....jenuh perut nak melantak kat majlis orang kan kena catu sikit amik makanan tuuuu. Jumaat dan Sabtu tu, eca ada dua jemputan kahwin dari seorang sahabat & bekas cikgu sekolah menengah dulu.

Majlis Sakinah&Hafiz.


Jumaat 16.12.16 (baru perasan cantik pulak tarikh tu!). 
Kina&Hafiz, Tahniah!!! 
Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke jannah.sorry tak dapat datang majlis resepsi.


Majlis Resepsi Cikgu Janimah & Cikgu Atan


Selamat Pengantin Baru Cikgu Janimah, semoga kekal hingga ke jannah.

Cikgu Janimah ne guru Sejarah merangkap guru kelas eca masa form 1&2 kat SMK Abdul Rahim Kudat. Bila dapat jemputan je, eca terus ajak kawan-kawan pergi sekali..kekonon buat mini reunion. Tapi akhirnya, hanya tiga orang je yang available tuk pergi...itupun sesat sebab tak reti baca peta dalam kad jemputan betollll budak-budak ne, kannn dah sesattt masuk ladang kelapa sawit (-.-) Apapun selamat sampai ke rumah pengantin, selamat makan sup daging, siap member eca menyanyi tuk pengantin dan sempat selfie...#selfietandakehadiran.


weekend ne lagik banyak jemputan, insyaallah cuba dipenuhi tapi tak janji sebab parents dah balik dari umrah...kalau tak sempat datang, kita doakan dari jauh je lah kan...jangan pulak kecik hati!!! majlis kahwin eca?!...sabar ye, kad dah siap design tapi nama pengantin lelaki takde lagi, 
acanerrr tu?!

Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah

$
0
0
Assalammualaikum.
Walaupun hujung tahun ne ramai yang mendirikan rumahtangga, ramai juga yang menimang cahaya mata macam bestfriend eca sorang tu (Tahniah Abu & Tera for your newborn son). So, eca nak share kepada ibubapa yang baru menimang cahaya mata ataupun mereka yang dah ada baby tapi baby sering menangis especially waktu malam. As parents, mesti risau kan bila baby menangis, tak sihat badan dan macam-macam lagi yang tak kena. Yela, baby bukan leh gitau apa yang tak kena dengan dia...sebagai orang dewasa kita-lah yang kena tengok keadaan baby tu. Eca nak perkenalkan Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah :

Minyak warisan bergenerasi ini dapat membantu melegakan dan menenangkan bahagian perut bayi selepas diurut lembut. Ramuan pati herba yang terpilih telah diformulasikan bagi memberikan kesan yang terbaik. Beberapa titik sudah cukup untuk membuatkan bayi anda kembali ceria. Bukan sahaja boleh digunakan untuk bayi yang meragam sepanjang malam mahupun kembung perut, minyak ini juga boleh digunakan oleh orang dewasa terutamanya ibu mengandung.

Minyak Tenang Anakanda ini terdiri daripada :
  • Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil) - Membantu meredakan kahak dan selsema disamping mempunyai ciri-ciri antiseptik.
  • Minyak Buah Pala (Nutmeg Oil) - Melancarkan pencernaan dan mengurangkan angin/kembung.
  • Minyak Cengkih (Clove Oil) - Membantu sirkulasi darah dan masalah kulit.
  • Minyak Daun Pudina (Peppermint Oil) - Mempunyai bau yang menenangkan disamping mempunyai ciri-ciri antibakterial serta bagus untuk angin/kembung.

apakata kita tengok TESTIMONI PELANGGAN Minyak Tenang Anakanda :



ramai ibubapa dah gunakan Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah ne...terbukti berkesan dan menyenangkan bukan? Untuk info lanjut mengenai Minyak Tenang Anakanda by NingSalmah, korang boleh kunjungi website & facebook Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah.

Website Ning Salmah (Link 1 | Link 2)
Facebook Ning Salmah (Link FB)
Telefon : 012-699 2604


Bedak Ruam Bayi

$
0
0
Assalammualaikum.
Masalah kulit memang menyakitkan hati sebabnya tangan tu macam tak berhenti je nak garu dan kadang-kadang sampai luka kannnnn. Kita yang dah dewasa pun bila kena masalah kulit kadang-kadang naik rimas kan..apatah lagi kalau terkena pada baby. Tambahan kulit baby ne kan sensitif sikit!!!.Untuk atasi dan elakkan penyakit kulit seperti  ekzema, Psoriasis, kurap, panau, kayap, ruam susu (bayi), ruam panas, Kudis buta, cacar air dan lain-lain , eca nak cadangakan produk Bedak Ruam Bayi.


Apa yang best sangat tentang Bedak Ruam Bayi ini, jom eca terangkan :
  • Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
  • Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
  • Satu bekas tahan agak lama. Selalunya saya guna beberapa bulan.
  • Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, Alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit anak-anak kita semakin berkurangan.
  • Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Selamatlah anak-anak anda terutama yang masih bayi, sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.

Tak percaya lagi ke kehebatan Bedak Ruam Bayi ini, meh eca kongsikan pulak TESTIMONI PELANGGAN Bedak Ruam Bayi :



Ohya, disebabkan Bedak Ruam Bayi ini terlalu mendapat sambutan hangat, terdapat segelintir pihak cuba memanipulasikan Bedak Ruam Bayi. Harus diingatkan kepada pelanggan agar meneliti terlebih dahulu.


jangan TERTIPU tauu..Bedak Ruam Bayi TIDAK PERNAH SESEKALI menukarkan nama jenama kepada BEDAK ASMA'....itu adalah BARANGAN TIRUAN yang cuba untuk meniru Bedak Ruam Bayi. Korang boleh baca pesanan daripada pihak pengeluar di SINI (klik). PERINGATAN : PASTIKAN ORI, BARU BELI!


Untuk maklumat lanjut mengenai Bedak Ruam Bayi, korang boleh terjah :
Website ::  https://ruambayi.wordpress.com/
                  http://www.bedakruambayiori.com/ 
Facebook Bedak Ruam Bayi (https://www.facebook.com/ruampadabayi)

atau boleh hubungi :  En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
                                   Puan Nurul  017 6239935 ( Produk Owner)
Viewing all 92 articles
Browse latest View live